Brief : Shamir Adnan, yurp.. that's me.. I am a simple person who just enjoy being creative, as i dislike boundries but i do follow the rules and bend them sometime.

Feel free to browse this Blog, as i hope you do enjoy it.. as i made it to express myself in this digital world.. if you do enjoy this blog.. do tell your friends.. and visit me often.. :)

My Skills : xHtml, CSS, jQuery, Blogspot, Wordpress, Photography, Photoshop, illustrator, CorelDraw

Me : MiR - shamiradnan@gmail.com
Selphya Website

Monday, May 6, 2013

Frustration (Kekecewaan)


Pertama sekali ucapan Tahniah buat Barisan Nasional, kerana berjaya mendapat kepercayaan rakyat bagi mentadbir negara untuk satu lagi penggal. Dengan penuh isu dari dakwat kekal hingga isu "blackout" dan peti undi masuk lewat, penuh dengan kontroversi. Calon yang dianggap "winnable" candidate tidak menjadi "win" candidate dan sedikit kekacauan di sini dan sana.

1. Ia bukan kekalahan
Mungkin ramai yang terasa penat berjuang tetapi keputusannya masih sama dan ditakuk lama. Tapi percayalah, kekalahan itu ada hikmahnya.. Adakalanya ia tidak sedap bagi kita tapi baik untuk kita dan ada kalanya ia sedap untuk kita tidak baik untuk kita.. Dengan kekalahan ini sebenarnya menampakkan kita telah banyak menekan mereka di atas bagi memberikan kita lebih kesenangan.

Manifesto-manifesto yang dikeluarkan kedua-dua pihak ada kelebihan.. Dan inilah peluang kita sebagai rakyat mendapatkan janji-janji yang diberikan dan pastikan mereka melaksanakan.. Biar kita lihat hasil tekanan yang telah dilakukan dan kita boleh menilai sejauh mana perlaksanaan ini benar.. Jika ia tak dapat dilaksanakan maka, ternyalah mereka itu tidak punya kredibiliti dan berbohong..

2. Mula lahir "check and balance"
Tsunami politik yang berlaku pada 2008 banyak membuka mata rakyat melihat kesilapan yang dilakukan pihak kerajaan. Dengan adanya pembangkang yang sentiasa memerhatikan pergerakan pemimpin Barisan dan membongkar isu salah laku projek, nepotisme, kronisme dan salah guna kuasa seterunya Ia memberikan tekanan yang hebat kepada pemegang kuasa untuk telus dan amanah dalam perjalanan mereka. Tanpa pembangkang yang kuat tidak mungkin isu-isu ini dapat disampaikan dengan baik.. Dan juga kerajaan juga memerhati pembangkan..

3. Perjuangan mesti Terus
Tidak semestinya kita berhenti disini, kecewa sehingga tidak buat apa2.. Dan tak semetinya kita perlukan kuasa yang besar untuk melakukan perubahan.. Gabunglah antara kita-kita dan rapatkan jurang perkauman, dekatkan kita dengan Cina, India dan Melayu dan belajarlah yang terbaik dari mereka. Dan minta tolong bekerjasama. Ia dapat dilaksanan sekiranya kita boleh mengalah dan menerima kelemahan seterusnya ingin belajar.. Percayalah dalam hati kita ada ihsan.. Dan ihsan ini yang mendekatkan kita dengan kepercayaan, kasih sayang dan belas kasihan dari pelbagai lapisan manusia.. Insya allah boleh berjaya..

4. Hudud oh Hudud
Sentimen yang dimainkan secara tidak bertanggung jawab oleh MCA akhirnya memakan diri sendiri, dimana saya lihat secara terang-terangan masyarakat Cina tidak lagi takutkan Hudud sekarang, kerana mereka boleh faham logik apa itu hudud sebenarnya selepas PAS dan DAP memberikan informasi yang lebih jelas kepada mereka.. Ukhwah itu sudah terjalin, dan boleh kita rapatkan lagi.. Kita tak perlu takut dengan Cina, kerana mereka juga ihsan seperti kita.. Cuma bila dimainkan isu tanah dan harta, makannya pecah belah antara kita..

5. Ubah (Ubah diri sendiri)
Hentikanlah politik kelucahan dan mari kita menuju kepada politik yang lebih akedemik dan lebih bertanggungjawab.. Tambahlah ilmu dalam diri kita, tidak kira apa jenis ilmu pun, dari semudah ABC hingga sesuhan menjadi doktor.. Ambil tahu apa yang berlaku disekeliling kita.. dan sentiasa "Upgrade" diri menjadi seorang yang lebih berjaya.. :) Jom kita Ubah diri kita sendiri..

Akhir sekali, tahniah buat Barisan Nasional and Pakatan Rakyat.. Selamat memikul AMANAH yang berat..

Jazakallah.. Khairan Katira
May Allah Reward You
www.shamiradnan.com

p/s : walaupun kecewa, tapi oraitlah.. hati boleh terima.. ^_^

No comments: